Posts in "Engineering"

Hala Tuju PT3

Capture

Keputusan PT3 telah diumumkan baru-baru ini, pelajar juga perlu tahu halatuju terbaik selepas PT3 yang telah dilalui. Setiap orang sebenarnya mempunyai rezeki tersendiri, rezeki yang hadir sudah tentu berkait rapat dengan usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Masa depan yang lebih baik jika mendapat keputusan PT3 yang cemerlang dan tidak semestinya akan terus gagal bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang.

Keputusan PT3 sebenarnya adalah penentu aliran yang akan dipilih nanti. Semakin tinggi keputusan maka semakin banyak aliran yang boleh dipilih mengikut minat anda sendiri. Oleh demikian, jangan terlalu bersedih sekiranya keputusan PT3 tidak memberangsangkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih aliran yang sebaiknya berdasarkan minat dan kemampuan anda.

Aliran Selepas PT3

Sebenarnya ada banyak juga aliran selepas PT3 ini, Setiap aliran yang bakal anda ambil akan memperlengkapkan syarat permohonan ke universiti kelak. Pemilihan aliran yang betul akan memberikan haluan yang betul di universiti menuju pekerjaan yang ada idamkan kelak. Aliran yang popular kebiasannya dipilih ialah :

  • Aliran Sains Tulin
  • Aliran Sains
  • Aliran Perdagangan
  • Aliran Kemanusiaan
  • Aliran Sastera
  • Aliran Sains Sukan
  • Aliran Seni
  • Aliran Kemahiran

Halatuju Selepas PT3

Merujuk kepada infografik di atas sekiranya lepasan PT3 ingin meneruskan pelajaran terdapat dua laluan iaitu terus ke Tingkatan 4 & 5 sama ada di sekolah harian mahupun Sekolah Berasrama Penuh atau memilih untuk memasuki Kolej Vokasional.

Jika anda memilih laluan pertama iaitu melalui sekolah biasa, anda akan melalui Tingkatan 4 dan 5 seterusnya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, anda boleh memilih untuk meneruskan pelajaran sama ada di peringkat diploma dahulu dan seterusnya ke peringkat ijazah. Jika anda memilih untuk tidak meneruskan pelajaran di peringkat diploma anda boleh memilih pelajaran di peringkat Pra-U iaitu STPM atau Matrikulasi tetapi semua itu bergantung kepada keputusan SPM dan tawaran dari KPM dan UPU.

Selain itu, jika anda memilih untuk ke Kolej Vokasional yang menawarkan pelbagai kursus vokasional selama dua tahun dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Vokasional selama dua tahun lagi. Setelah itu anda akan didedahkan pada On Job training selama tiga bulan. Anda tidak perlu risau, lulusan Kolej Vokasional juga berpeluang menyambung pelajaran ke Universiti tempatan mahupun swasta tetapi dengan syarat anda sudah mempunyai pengalaman bekerja di bidang yang anda pelajari dan mendapat kelulusan dari MQA iaitu sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning)

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Aliran proses pensijilan APEL

1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan à

2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Master,perlu tunggu email dari MQA)

3. Pemohon dinilai melalui

(i) Penghantaran Portfolio

(ii) Ujian Aptitude

4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak
Jika tak berjaya jangan susah hati, anda masih boleh buat rayuan kepada pihak MQA dan ulang ujian ni. Bagi yang lulus penilaian anda akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan anda layak sambung belajar ke IPT. Sijil ni lah yang anda kena guna untuk masuk Universiti.
Untuk maklumat lanjut tentang APEL boleh di rujuk di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) di laman web MQA http://www.mqa.gov.my/APEL/

 

“Mulvec” Durian Runtuh Untuk Pelajar IPT

KUALA LUMPUR  – Mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan termasuk politeknik dan kolej komuniti berpeluang memenangi RM10,000 dengan menghasilkan video multimedia terbaik menerusi Pertandingan Video Multimedia (Mulvec) yang diadakan sebanyak tiga siri sepanjang tahun ini dan tahun depan.

Education Minister II Idris Jusoh speaks during a press conference on UPSR leaks in Putrajaya on September 12, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Siri pertama yang bermula 1 Di­sember ini hingga 15 Februari 2017 turut menawarkan hadiah RM5,000 untuk tempat kedua, RM3,000 (ketiga) dan 10 hadiah sagu hati masing-masing bernilai RM1,000. Mulvec secara keseluruhan menawarkan hadiah tunai terkumpul RM84,000.

Sebanyak lima tema ditetapkan dalam setiap siri dan setiap karya penyertaan perlu dihasilkan selari dengan tema tersebut. Mulvec anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Utusan Online dirasmikan oleh Menteri­nya, Datuk Seri Idris Jusoh di Universiti Sunway di sini hari ini.

 

Terdahulu Idris menghadiri program Soaring Upwards: Lets Talk Higher Education. Yang turut hadir Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengarah Eksekutif Utusan Media Sales, Mohd. Yazid Ahmad.

Idris berkata, Mulvec penting kerana rakyat Malaysia ada yang suka membaca dan ada yang suka menonton video.

“Kami mengambil keputusan mengadakan pertandingan ini bersama Utusan Malaysia untuk menceritakan kejayaan dan aktiviti kementerian kepada rakyat.

“Pelbagai program dijalankan oleh kementerian dan dengan pertandingan ini diharap mampu memberi kefahaman yang mendalam kepada semua,” katanya.

Idris berkata, hadiah yang ditawarkan cukup lumayan dan diharap mahasiswa merebut peluang menyertai pertandingan ini.

– Utusan

1BestariNet Mantapkan Medium Pendidikan & Pengajaran

Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan melaksanakan kerjasama dengan YTL Communications mewujudkan projek 1BestariNet. Projek ini melibatkan hampir 10,000 sekolah dan beberapa Universiti tempatan yang akan menikmati akses internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia

DSC_0190Di bawah 1BestariNet, lokasi yang akan dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi ini membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di atas talian menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Frog VLE adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Frog VLE juga adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.

Cara Selamat Menggunakan Internet

Pada  zaman serba canggih ini, kemudahan internet merupakan satu kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang amat diperlukan oleh masyarakat zaman sekarang. Internet amat berguna dalam melakukan tugas-tugas harian terutamanya bagi mereka yang ingin menyelesaikan urusan-urusan penting mereka dalam kaedah yang cepat dan mudah serta menjimatkan kos. Pengguna Internet di Malaysia telah meningkat sekali ganda daripada tahun lalu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan kebanyakan pengguna berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun.

Berdasarkan kajian yang dibuat, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM552 setahun dengan bayaran internet sebanyak RM46 sebulan. Kini,penggunaan internet tidak hanya terhad di tempat kerja sahaja malah institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti turut menggunakan internet sbagai salah satu kaedah pembelajaran bagi para pelajarnya. Penggunaan membolehkan bidang pendidikan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dunia dan peredaran zaman sekali gus melonjakkan status pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom secara holistik. Persoalannya, adakah pengguna selamat dari pihak yang tidak bertanggungjawab mendiskriminasi pengguna internet ?. Berikut adalah tips – tips keselamatan pengunaan internet.

 

Tips-Tips Keselamatan Dalam Internet:

Internetsecurity_521caf54c5f96_w15001. Setiap tahun, perisian antivirus PASTI akan dinaiktaraf versinya, ditambah pembaikan dan pengkalan datanya semakin lenmyhackersareheregkap dengan maklumat virus. Sila gunakan solusi antivirus yang terkini dan sentiasa dikemaskini setiap hari atau secara berkala.

2. Setiap kali anda mahu memasuki ruangan log masuk e-mel, adalah lebih baik anda taip secara manual alamat e-mel yang hendak dituju seperti mail.yahoo.com atau mail.google.com. Ini bagi memastikan anda memasuki alamat URL yang sahih. Kalau boleh jangan gunakan ciri ‘Remember Password’

3. Jika anda memuat turun fail berformat .rar, sila lakukan pengimbasan menggunakan perisian antivirus. Bukan hendak kata fail berformat lain itu selamat, tetapi sekurang-kurangnya fail dengan format selain arkib akan terus dikesan oleh antivirus sekiranya ia memang sejenis virus, sedangkan fail berformat arkib telah dipadatkan (Compressed). Senang cerita imbas sahaja semua fail yang telah anda muat turun.

4. Cipta kata laluan yang kukuh. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor-nombor serta simbol.

5. Jangan bertindak dan berlaku seperti anda manusia paling kacak atau paling cantik dengan berkongsi kata laluan anda dengan pasangan.

6. Jika anda mahu log masuk ke laman-laman penting seperti e-mel atau Facebook, sila pastikan ia bermula dengan https. Jangan termasuk jerangkap samar berbau busuk seperti phishing.

7. Jangan lupa untuk log keluar dari akaun anda setelah siap semua urusan. Akaun anda boleh digodam kurang dari 5 minit jika anda tidak log keluar apabila telah siap menggunakannya. Ingat!

8. Kukuhkan ilmu di dada mengenai ilmu-ilmu IT agar anda tidak lagi akan berjaya ditipu oleh penjenayah siber yang semakin licik. Untuk menggodam anda perlukan ilmu, untuk mengelak dari digodam juga perlukan kepada ilmu.

9. Kemaskini sistem operasi anda dengan kerap, atau setiap hari. Ini bagi memastikan ia berada pada tahap yang terbaik. Pastikan pelayar web anda adalah versi yang terkini untuk memastikan setiap kelemahan (vulnerability) telah pun dibaiki.

JIKA ANDA INGIN MEMASTIKAN PENGGUNAAN INTERNET ANDA LEBIH SELAMAT SILA KLIK LINK DI BAWAH :

Spyware/AdWare Remover
Spybot – Search & Destroy – http://www.safer-networking.org
Ad-Aware – http://www.lavasoftusa.com/

Firewall
Zonealarm – http://www.zonealarm.com

Anti -Virus
Avast – http://www.avast.com
AVG – http://free.grisoft.com/

Web Browser (Built-in Anti-Phishing Tool)
Mozilla Firefoz – http://www.mozilla.com/en-US/firefox/
MS Internet Explorer –http://www.microsoft.com/windows/products/wonfamily/ie/

Email (Built-in soam filter/Anti-Phishing Tool)
Mozilla Thunderbird – http://www.mozilla.com/en-US/thunderbird/

Anti Spam (for Outlook & Outlook Express)
http:www.spamfighter.com/

Internet Of Things (IOT) Pemacu Gaya Hidup

KUALA LUMPUR – Mungkin definisi ‘Internet of Things'(IoT) rumit bagi orang biasa tetapi ia sebenarnya akan memacu seterusnya gaya hidup digital hari ini. Bayangkan kemeja, seluar atau pakaian yang kita pakai setiap hari dipautkan kepada rangkaian digital yang memantau setiap perubahan tubuh badan dan kegiatan fisiologi. Ia kemudian menghantar isyarat amaran sebagai contoh apabila berlaku kadar degup jantung yang luar biasa. Ini akan menunjukkan paras tekanan atau keletihan seseorang dan akan membantunya membuat keputusan sama ada mahu meneruskan kegiatan itu atau berjumpa dengan doktor.

kawal06.transformed

Begitu juga sensor akan membaca warna rembesan dalam lampin bayi dan menghantar data menerusi rangkain untuk melihat sebarang petunjuk tahap kesihatan bayi. Data daripada lampin itu juga boleh dihantar menerusi peranti elektronik pintar seperti telefon atau jam pintar kepada ibu atau penjaga untuk memberi amaran akan sebarang masalah atau sampai masa untuk menukar lampin yang lencun.

Malahan dengan IoT doktor juga kini boleh mengesan keadaan kesihatan pesakit pada masa nyata tanpa berjumpa dengan pesakit itu. Data yang dihantar kepada peranti pemantau mungkin boleh mengesan kegiatan harian, tanda-tanda penting serta tabiat makan serta minum yang boleh membantu doktor mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan pesakitnya dan memberi nasihat yang diperlukan. Contoh yang diberikan ini menunjukkan bagaimana IoT boleh mengubah gaya hidup kita. IoT sebenarnya boleh membawa kepada pelbagai kemungkinan yang dapat meningkatkan lagi gaya hidup. “IoT bukan tentang Internet. Ianya mengenai objek fisikal di sekeliling kita yang dipautkan kepada Internet,” kata John Tay Jin Kiong, Pengarah Jabatan Gaya Hidup Digital dan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada Seminar SKMM-Intel GS1 Malaysia IoT yang diadakan baru-baru ini di Cyberjaya, Tenaga Nasional Berhad Malaysia (TNB) mempamerkan satu daripada aplikasi IoTnya untuk menjimatkan kos elektrik. Dengan sasaran untuk mewujudkan pengguna pintar, TNB telah menghasilkan peranti ‘Meter Pintar’. Ia dipautkan kepada rangkaian yang membolehkan pengguna mengguna serta memantau penggunaan elektrik yang dapat mengurangkan bil elektrik. Pengguna mampu memantau penggunaan, sejarah bayaran bil elektrik serta merancang perbelanjaan. Paling utama pengguna sedar penggunaan alatan elektrik serta penggunaan elektrik menerusi aplikasi itu.

2015-05-01_0847

Mengikut rancangan meter pintar ini akan dipasang di setiap rumah rakyat dan pemasangannya sudah bermula. Dengan pemasangan ini, semua pengguna dapat memantau dan mengawal penggunaan elektrik menggunakan peranti bimbit pintar masing-masing. Sebagai rumusan, John Tay berkata penggunaan IoT akan merubah cara hidup kita termasuk cara kita bekerja, bergerak, melancong dan menguruskan banyak aspek kehidupan serta orang di sekeliling kita.

–BERNAMA

Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan

Kejuruteraan adalah satu bidang profesional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini. Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.

KEJURUTERAAN AWAM

## JURUTERA AWAM ##
Bidang ini melibatkan urusan merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.

featured_module_civil_engineering

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:

  • Jurutera awam
  • Jurutera awam pembinaan bangunan
  • Jurutera awam lebuh raya dan jalan raya
  • Jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan
  • Jurutera awam pengairan
  • Jurutera awam hidraulik
  • Jurutera awam kumbahan.

Prospek Kerjaya

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-

## PEMBANTU JURUTERA AWAM ##
Pembantu jurutera awam menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan awam dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.

Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi lain.

Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan, projek-projek perumahan dan lain-lain.

## JURUTEKNIK AWAM ##
Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya, empangan dan lapangan terbang.

Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan, pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi.Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi. Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan, jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

micro_UAV

## JURUTERA MEKANIKAL ##
Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

## JURUTEKNIK MEKANIKAL ##
Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi secara mekanik.

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi.

## MEKANIK JURUTERA AM ##
Membuat kerja-kerja membaiki, servis berbagai jenis mesin, jentera, enjin dan lain-lain alat mekanikal (kecuali kereta motor, enjin kapal terbang, peralatan kapalterbang, peralatan elektrik dan alatan-alatan lain) didalam bengkel atau ditempat-tempat dimana ia digunakan. Memeriksa mesin yang rosak. Membuka sebahagian, menukar sebahagian yang rosak. Memasang semula dan memastikan pemasangan itu betul, menguji dan mempastikan ianya berfungsi dengan baik.

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

## JURUTERA ELEKTRIK ##
Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

Kejuruteraan-Elektrik

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

  • Jurutera Penjanaan Kuasa
  • Jurutera Pengagihan Dan Penghantaran Kuasa
  • Jurutera Pencahayaan Elektrik, Jurutera Peralatan Elektromekanik

Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi sehingga ke Pengarah, Pengurus atau Pengurus Besar. Bagi yang berminat menjadi Pensyarah di IPTA mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji.

## JURUTEKNIK ELEKTRIK ##
Juruteknik elektrik menjalankan tugas teknik di bawah arahan dan penyeliaan jurutera elektrik yang menyumbang kepada rekabentuk, pembinaan, pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan peralatan elektrik.

Prospek Kerjaya.

Prospek kerjaya untuk juruteknik elektrik amat cerah di Malaysia berikutan peningkatan keperluan jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembuatan, kepesatan pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan dan tertinggi. Di Sektor Awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor Swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di industri pembuatan, telekomunikasi, pembinaan, loji.

KEJURUTERAAN KIMIA

## JURUTERA KIMIA ##
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut spesifikasi.

chemical_analysis

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan. Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.

 

## PEMBANTU JURUTERA KIMIA ##
Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan Jurutera Kimia yang menyumbang kepada pembangunan proses dan rekabentuk perindustrian kimia, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang adalah baik. Mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan penyelia pengeluaran atau penyelengaraan. Berpeluang dinaikkan pangkat ke jawatan tingkatan kanan, khas dan seterusnya ke jawatan tertinggi mengikut skim perkhidmatan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS tempatan ke peringkat ijazah secara sepenuh masa, sambilan, pengajian luar kampus dan pengajian jarak jauh. Jawatan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di kilang-kilang memproses bahan-bahan mentah kepada barang-barang seperti baja, barang-barang farmasi, cat, plastik, petroleum, serbuk pencuci, bahan kimia industri dan lain-lain.

## JURUTEKNIK KEJURUTERAAN KIMIA ##
Juruteknik kejuruteraan kimia menjalankan tugas teknik, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera kimia yang menyumbang kepada proses, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.

Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Alam Sekitar serta jabatan – jabatan lain yang berkaitan. Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan, tinggi. Bagi yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka boleh berbuat demikian samada belajar sepenuh masa, atau sambilan dan pengajian jarak jauh di IPTA/IPTS tempatan. Setelah memiliki kelulusan tersebut mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi. Di sektor swasta jawatan ini boleh diperolehi diindustri petroleum, carigali minyak serta syarikat-syarikat pembuatan yang berasaskan bahan mentah seperti minyak kelapa sawit dan lain-lain yang melibatkan kerja-kerja penyelidikan dimakmal.

KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

## JURUTERA ELEKTRONIK ##
Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik. Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

Mechatronic

Pekerjaan dalam bidang ini antaranya ialah:

  • Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
  • Jurutera Kuasa Nukleur
  • Jurutera Pemanasan
  • Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan
  • Jurutera Kenderaan /Otomotif, Jurutera Mekanik/Aeronautik
  • Jurutera Marin.

 

Prospek Kerjaya
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan. Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun. – doktorkerjaya

Universiti Tempatan Dijangka Baiki Kedudukan di Peringkat Dunia

BESUT: Universiti tempatan dijangka mampu memperbaiki kedudukan dalam kalangan terbaik dunia apabila keputusan QS World University Ranking diumumkan 14 Sept ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementerian sentiasa positif dan yakin dengan beberapa hasil kajian serta usaha yang konsisten pihak terbabit sebelum ini.

Education Minister II Idris Jusoh speaks during a press conference on UPSR leaks in Putrajaya on September 12, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Menerusi galakan mengadakan kajian dilakukan kementerian kepada universiti yang menghasilkan banyak kejayaan, saya percaya beberapa universiti akan memperbaiki kedudukan di peringkat dunia tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Meraikan Mahasiswa dan Mahasiswi Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, malam Jumaat.

Katanya lima universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang banyak menghasilkan kajian baharu, dijangka memperbaiki kedudukan dalam kalangan 500 universiti terbaik dunia.

Dalam kajian dikeluarkan QS World Ranking University 2015/2016, beberapa universiti tempatan secara konsisten mencatat keputusan memberangsangkan seperti UM di kedudukan ke-146, USM (289) dan UPM (331).

Pada majlis itu, Idris yang juga Anggota Parlimen Besut, turut menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada 183 bakal mahasiswa dan mahasiswi dari Besut yang akan memulakan pengajian September ini, dengan setiap seorang menerima RM1,000. – Awani

 

10 Ijazah Paling Senang Dapat Kerja

Zaman sekarang, kos pendidikan bukanlah murah. Rata-rata daripada kita perlu menanggung perbelanjaan atau pinjaman sekurang-kurangnya RM30,000 demi segulung ijazah yang menjadi penentu perjalanan karier di masa hadapan.

Bagaimanapun, saban hari kita dihidangkan dengan berita graduan menganggur dan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Oleh itu, anda perlulah bijak dan berfikiran jauh dalam memilih program pengajian di universiti agar kelayakan anda selaras dengan keperluan industri, Maka dengan ini kami menyenaraikan 10 kursus ijazah paling mudah mendapat tempat dalam industri di Malaysia.

 

  1. PERUBATAN

Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 dan mengambil masa selama 4 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan doktor gigi.

download

 

  1. SAINS VETERINAR

Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan yang menjanjikan peluang pekerjaan hampir 84% selepas tamat tempoh pembelajaran. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor haiwan, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.

Aparatura-medicala-de-uz-veterinar-hukqr

 

  1. BERKAIT PERUBATAN

Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan yang menjanjikan peluang pekerjaan hampir 79% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.

psikologii-5626b352b79373f90ba5b493

 

  1. SENI BINA , REKA BENTUK

Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.

Bidang ini menjanjikan peluang pekerjaan hampir 72% selepas tamat tempoh pembelajaran..

Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.

iStock_000016523977XSmall-1

 

  1. TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN

Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus seni bina dan reka bentuk. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Bidang ini menjanjikan peluang pekerjaan hampir 63% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.

t1larg.chemical.engineer

 

  1. TEKNOLOGI INFORMASI ( IT )

Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi dan bidang ini menjanjikan peluang pekerjaan hamper 60 % selepas tamat tempoh pembelajaran.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.

The_benefits_of_working_in_information_technology_editor_s_choice

 

  1. PENDIDIKAN

Bidang ini menjanjikan peluang pekerjaan hamper 60 % selepas tamat tempoh pembelajaran dana mat sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.

page3

  1. PERNIAGAAN

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

download (1)

 

  1. SAINS MATEMATIK

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industry dan menjanjikan peluang pekerjaan hamper 47 % selepas tamat tempoh pembelajaran kepada graduan.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

 

Sains Dan Matematik

  1. PENGAJIAN SOSIAL

Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.

-CareerCentre-

4 JENIS UNIVERSITI DI MALAYSIA

RANKING TERKINI IPTA/IPTS

uthmmm

Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau nama barunya Universiti Awam (UA). Universiti awam di Malaysia terbahagi kepada 4 jenis iaitu Apex Universiti, Universiti Penyelidikan, Universiti Berfokus dan Komprehensif. Kemasukan bagi 4 jenis Universiti ini juga berlainan dimana pelajar malaysia yang ingin memohon masuk ke Universiti Awam kecuali Ijazah Pertama di USM, UiTM dan UM mestilah mendaftar melalui UPU.

 

APEX UNIVERSITI

Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi  untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.

 

UNIVERSITI PENYELIDIKAN

Universiti Penyelidikan adalah universiti yang diiktiraf Jemaah menteri untuk menjadi hab pendidikan dan penyelidikan pada tahun 2006.

 

Sejak tahun 2015, lima universiti di Malaysia telah dianugerahkan autonomi penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi:

Universiti penyelidikan bertanggungjawab untuk secara aktif meneroka idea baru, bereksperimen dengan kaedah yang inovatif, dan mengambil inisiatif ilmiah dalam mencari dan mengembangkan pengetahuan.

 

UNIVERSITI BERFOKUS

Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang – bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan atau lebih dikenali sebagai universiti teknikal.

 

UNIVERSITI KOMPREHENSIF

Institusi yang dikenal sebagai universiti komprehensif menyediakan program dalam pelbagai bidang pengajian.

 

 

 

4 things engineering students should know

 

  1. Quit procastinating

You have to realize that this is not high school anymore. You have less time on your hands. If you want to have good grades, to contribute to your society, to obtain internships in the future, to have time for your friends and time to yourself, time to have your social time, and time to clean laundry – you need to quit procrastinating. Not only are classes going to get harder in college, but you are going to have other important responsibilities that will consume your time. Trust me, stop messing around; you have more important things to do.

 

2) Dont dismiss other subject areas

The most successful engineers are insatiable learners, so seek to broaden your skill set generally. A design class can teach you how to represent information visually and how to talk about an idea from a big picture perspective. A writing class can enhance your skills for communicating your ideas to others. A business class can prepare you for organizational tasks and leadership roles later in your career.

 

 

3)Seek out for additional opportunities for growth

Guess what, your education does not stop the moment you complete your engineering degree. It will go on. Therefore, start making plans down the road.  It’s no longer just about the grades; it’s also about your reputation as a hard worker, your ability to sweet-talk an interviewer, and your desire to improve yourself. When faced with a challenge in your career, view it as an opportunity to expand and increase your skills. With each challenge comes a great deal of learnings as well. If your manager comes to you with a project that seems a bit out of your comfort zone often times it’s to see how you will accomplish the task and if you can do the job. This is a great opportunity to show your capabilities so seize the challenge and look at it as a career development opportunity that will get you closer to your professional growth goals.

 

4) Have fun as a first year, but dont make choices you will regret

Going crazy after leaving home (forever) is part of the first-year experience. But don’t go too crazy. Remember, you only have a few years at a university, so be sure to make the most out of them. I’m not telling you not to have fun – by all means, your first year of college life is when you’re supposed to go crazy – but don’t make choices you’ll regret. There are a lot of opportunities, people to meet, and most of all, distance to grow; it’d be a shame to waste four years throwing ping pong balls around in a basement.