Posts in "Scholarship"

Hala Tuju PT3

Capture

Keputusan PT3 telah diumumkan baru-baru ini, pelajar juga perlu tahu halatuju terbaik selepas PT3 yang telah dilalui. Setiap orang sebenarnya mempunyai rezeki tersendiri, rezeki yang hadir sudah tentu berkait rapat dengan usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Masa depan yang lebih baik jika mendapat keputusan PT3 yang cemerlang dan tidak semestinya akan terus gagal bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang.

Keputusan PT3 sebenarnya adalah penentu aliran yang akan dipilih nanti. Semakin tinggi keputusan maka semakin banyak aliran yang boleh dipilih mengikut minat anda sendiri. Oleh demikian, jangan terlalu bersedih sekiranya keputusan PT3 tidak memberangsangkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih aliran yang sebaiknya berdasarkan minat dan kemampuan anda.

Aliran Selepas PT3

Sebenarnya ada banyak juga aliran selepas PT3 ini, Setiap aliran yang bakal anda ambil akan memperlengkapkan syarat permohonan ke universiti kelak. Pemilihan aliran yang betul akan memberikan haluan yang betul di universiti menuju pekerjaan yang ada idamkan kelak. Aliran yang popular kebiasannya dipilih ialah :

  • Aliran Sains Tulin
  • Aliran Sains
  • Aliran Perdagangan
  • Aliran Kemanusiaan
  • Aliran Sastera
  • Aliran Sains Sukan
  • Aliran Seni
  • Aliran Kemahiran

Halatuju Selepas PT3

Merujuk kepada infografik di atas sekiranya lepasan PT3 ingin meneruskan pelajaran terdapat dua laluan iaitu terus ke Tingkatan 4 & 5 sama ada di sekolah harian mahupun Sekolah Berasrama Penuh atau memilih untuk memasuki Kolej Vokasional.

Jika anda memilih laluan pertama iaitu melalui sekolah biasa, anda akan melalui Tingkatan 4 dan 5 seterusnya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, anda boleh memilih untuk meneruskan pelajaran sama ada di peringkat diploma dahulu dan seterusnya ke peringkat ijazah. Jika anda memilih untuk tidak meneruskan pelajaran di peringkat diploma anda boleh memilih pelajaran di peringkat Pra-U iaitu STPM atau Matrikulasi tetapi semua itu bergantung kepada keputusan SPM dan tawaran dari KPM dan UPU.

Selain itu, jika anda memilih untuk ke Kolej Vokasional yang menawarkan pelbagai kursus vokasional selama dua tahun dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Vokasional selama dua tahun lagi. Setelah itu anda akan didedahkan pada On Job training selama tiga bulan. Anda tidak perlu risau, lulusan Kolej Vokasional juga berpeluang menyambung pelajaran ke Universiti tempatan mahupun swasta tetapi dengan syarat anda sudah mempunyai pengalaman bekerja di bidang yang anda pelajari dan mendapat kelulusan dari MQA iaitu sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning)

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Aliran proses pensijilan APEL

1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan à

2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Master,perlu tunggu email dari MQA)

3. Pemohon dinilai melalui

(i) Penghantaran Portfolio

(ii) Ujian Aptitude

4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak
Jika tak berjaya jangan susah hati, anda masih boleh buat rayuan kepada pihak MQA dan ulang ujian ni. Bagi yang lulus penilaian anda akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan anda layak sambung belajar ke IPT. Sijil ni lah yang anda kena guna untuk masuk Universiti.
Untuk maklumat lanjut tentang APEL boleh di rujuk di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) di laman web MQA http://www.mqa.gov.my/APEL/

 

Direct Debit PTPTN Permudah Pembayaran Balik Pinjaman

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melaksanakan sistem bayaran balik pinjaman yang lebih efektif menerusi kaedah debit terus.

Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, menerusi kaedah tersebut, peminjam boleh membuat bayaran balik menerusi akaun semasa mahupun simpanan sama ada akaun persendirian atau bersama yang disediakan daripada 22 bank terlibat.

Katanya, peminjam boleh mendapatkan borang permohonan debit terus di semua kaunter PTPTN seluruh negara bermula semalam.

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin (dua kiri) dan Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd. Khalid menunjukkan dokumen MOU sambil disaksikan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat(kanan); Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff (tengah) dan Pengarah Urusan MyClear, Peter Schiesser pada Majlis Usahasama Strategik Pembayaran ‘Direct Debit Bank Islam hari ini .

“Kaedah bayaran balik melalui debit terus dapat memastikan bayaran balik dilaksanakan secara konsisten setiap bulan serta melayakkan peminjam menikmati diskaun 10 peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017.

“Kaedah debit terus dapat mengelakkan berlakunya tunggakkan, sekali gus mengelakkan peminjam disenarai hitamkan Jabatan Imigresen serta memastikan rekod yang baik dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Usaha Sama Strategik Pembayaran Debit Terus PTPTN dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat; Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd. Khalid; Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear), Peter Schiesser; Ketua Pegawai Operasi MyClear, Tay Gim Soon dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, pihaknya mensasarkan peningkatan kutipan bayaran balik secara bulanan sekitar lima hingga 10 peratus berbanding kutipan bulanan semasa.

“Dengan pelaksanaan kaedah ini, pengurangan pembayaran melalui kaunter akan berlaku sekali gus meningkatkan bayaran balik melalui dalam talian sehingga 40 peratus,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peminjam yang mempunyai tunggakan dan masalah untuk mengikut jadual bayaran balik supaya melakukan rundingan segera dengan PTPTN kerana keputusan dibuat berdasarkan kemampuan kewangan peminjam.

“Melalui rundingan, tunggakan boleh diselesaikan melalui penstrukturan semula pinjaman. Ansuran bulanan boleh dikurangkan berdasarkan kepada kemampuan kewangan peminjam melalui pemanjangan tempoh bayaran balik.

“Rundingan boleh dilakukan dengan menghubungi talian Careline PTPTN yang beroperasi tujuh hari seminggu. Selain itu, bayaran boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat melalui debit terus yang disediakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

OBJEKTIF Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM1500 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
GOLONGAN SASARAN Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM1,500.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
PERINGKAT PENGAJIAN Sijil
TEMPAT PENGAJIAN Kolej Komuniti
SYARAT
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil) ;
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Kredit kepada Kementerian Pengajian Tinggi
http://www.mohe.gov.my/pelajar/penajaan/132-khas/83-bantuan-kewangan-pelajar-kolej-komuniti

Biasiswa Sukan

OBJEKTIF Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.

Objektif penajaan adalah :

  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.
GOLONGAN SASARAN
  • Semua atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  • Atlet yang aktif dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan.
PERINGKAT PENGAJIAN PhD

Sarjana

Ijazah Pertama

Diploma

TEMPAT PENGAJIAN 20 UA

UTP

MMU

UNITEN

IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.

IKATAN PERJANJIAN Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.
SYARAT
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun;
  3. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
  4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan(bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT);
  5. Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun di mana-mana IPT.
KATEGORI ATLIT KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA)

  1. Mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Sukan Universiti Dunia
  2. Atlet yang belum disenaraikan sebagai ATLET elit atau merupakan ATLET pelapis negara dan mewakili negara bagi pertandingan sukan bertaraf dunia peringkat umur yang diiktiraf
  3. Mendapat pingat pada peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf atau
  4. Mendapat pingat pada peringkat Asian University Sport Federation (AUSF)

KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA)

  1. Mewakili negara pada peringkat Asia/Komanwel yang diiktiraf
  2. Atlet yang mendapat pingat emas di SUKMA
  3. Mewakili negara pada peringkat AUSF atau
  4. Mendapat pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA)

KATEGORI 3 (ATLET KEBANGSAAN)

  1. Atlet yang pernah mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan masih lagi bergiat aktif mewakili IPT
  2. Atlet yang bertanding di SUKMA dan mendapat pingat
  3. Atlet negeri yang turut mewakili IPT pada peringkat kebangsaan dan mendapat pingat atau
  4. Atlet yang bertanding di SUA dan mendapat pingat

KATEGORI 4 (ATLET IPT/NEGERI)

PEMILIHAN
  • Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga; dan
  • Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
PERMOHONAN / PERTANYAAN Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

BAHAGIAN SUKAN
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6127 / 4779 / 6143 / 4794 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6824

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

 

Kredit kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
http://www.mohe.gov.my/pelajar/penajaan/132-khas/80-biasiswa-sukan

Biasiswa Antarabangsa Malaysia

Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS) adalah satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk menarik individu yang terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian akademik di Malaysia. Biasiswa ini bertujuan untuk menyokong usaha Kerajaan Malaysia untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berbakat dari luar negara.

Pelajar antarabangsa yang berbakat yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan latar belakang kokurikulum cemerlang adalah dialu-alukan untuk memohon biasiswa ini dan melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti awam dan swasta Malaysia yang terpilih dan mantap.

Biasiswa ini dibahagikan kepada dua (2) kategori pengajian: Pengajian Siswazah dan Pasca kedoktoran

KRITERIA KELAYAKAN

Untuk layak mendapat Malaysia International Scholarship (MIS), pemohon perlu memenuhi kriteria berikut: –

  1. Tidak lebih daripada 45 tahun semasa permohonan.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua (Kepujian) atau PNGK 3.5 / 4.0 di Sarjana Muda Peringkat Ijazah bagi pemohon Ijazah Sarjana dan bagi calon PhD mesti mempunyai CGPA 3.5 / 4.0 atau keputusan yang sangat baik di peringkat ijazah Sarjana dalam bidang yang sama dalam peringkat PhD. Di samping itu, untuk program pasca kedoktoran, pemilihan akan dinilai berdasarkan jumlah buku yang dihasilkan, rujuk/bukan rujuk jurnal, portfolio dan hak cipta paten dirujuk . Calon pasca Kedoktoran mesti mempunyai reputasi yang sangat baik dalam penyelidikan dan mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan.
  3. Mengambil salah satu Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris tidak lebih daripada dua tahun sebelum tarikh permohonan. Senarai ujian dan skor minimum yang diperlukan:
  4. IELTS Ujian Akademik dengan skor sekurang-kurangnya 6.5; atau
  5. TOEFL berasaskan kertas ujian dengan skor sekurang-kurangnya 580 atau ujian berasaskan komputer dengan skor sekurang-kurangnya 230 atau ujian berasaskan internet dengan skor sekurang-kurangnya 92.
  6. Keadaan kesihatan yang sangat baik dan disahkan oleh Doktor / Perubatan Profesional Bertauliah. Kos pemeriksaan perubatan akan ditanggung oleh pemohon
  7. Menulis satu cadangan yang relevan dengan keperluan dan kepentingan (program berasaskan penyelidikan sahaja) Malaysia
  8. Telah memohon dan mendapat kemasukan ke pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia (surat tawaran bersyarat akan diterima pada masa permohonan atau mempunyai pengesahan penerimaan atau gabungan dengan universiti-universiti di Malaysia).

NILAI BIASISWA

Setiap biasiswa terdiri daripada: –

  1. Tiket penerbangan dari ibu kota penerima ke Malaysia
  2. Yuran tuisyen diluluskan
  3. Elaun penyelenggaraan bulanan
  4. Geran tahunan untuk buku dan perjalanan dalam negeri
  5. Insuran Perubatan / Kesihatan
  6. GeranPemasangan dan Penamatan
  7. Elaun Tesis (akan dibayar pada awal penyelidikan (selepas cadangan pertahanan) dan bakinya akan dibayar hanya selepas penyerahan tesis) – Untuk PhD dan Pasca Kedoktoran sahaja
  8. Satu geran perjalanan persidangan dan geran jurnal penerbitan (PhD dan Pasca Kedoktoran sahaja)

* Kerajaan Malaysia berhak untuk mengkaji semula nilai penghargaan pada bila-bila masa (dan jika perubahan itu dibuat, nilai biasiswa akan berubah dan tarikh berkuatkuasa akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya).

KEUTAMAAN KAWASAN KAJIAN 

Bidang pengajian dalam bidang keutamaan seperti berikut:

  1. Sains dan Kejuruteraan
  2. Pertanian dan Perikanan
  3. Ekonomi dan Kewangan Islam
  4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  5. Bioteknologi
  6. Biosekuriti dan Keselamatan Makanan
  7. Infrastruktur dan Utiliti
  8. Pengajian alam Sekitar
  9. Kesihatan tidak termasuk kejururawatan, perubatan, farmasi klinikal.

* Pemohon boleh memilih mana-mana kursus yang berkaitan dalam bidang / lapangan yang dinyatakan di atas

KRITERIA PEMILIHAN

Permohonan akan dipertimbangkan mengikut kriteria pemilihan berikut: –

  1. Tahap pencapaian akademik yang tinggi
  2. Kualiti cadangan penyelidikan dan sumbangan yang berpotensi ke arah kemajuan teknologi dan kesejahteraan manusia.
  3. Sangat baik dalam kemahiran komunikasi, menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris

SYARAT AM PENGANUGERAHAN

  1. Pemegang biasiswa perlu menjalankan kajian sepenuh masa untuk pengajian siswazah dan pasca kedoktoran di kampus Universiti Malaysia.
  2. Adalah menjadi tanggungjawab pemegang biasiswa untuk mengesahkan kemasukan ke universiti.
  3. Pemegang biasiswa tidak boleh menukar program mereka sepanjang tempoh biasiswa itu melainkan dengan kebenaran bertulis dari universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  4. Pemegang biasiswa mesti mengikuti program yang diluluskan dan mematuhi peraturan universiti itu, peraturan dan kod tingkah laku. Apa-apa penggantungan dari universiti  akan mengakibatkan penggantungan biasiswa serta-merta. Elaun bulanan tidak dibayar dalam masa penggantungan, termasuk penggantungan kerana sakit.
  5. Adalah menjadi tanggungjawab calon yang berjaya untuk memohon dan memenuhi syarat-syarat bagi pengeluaran visa yang sesuai termasuk pemeriksaan perubatan. Tawaran biasiswa tidak menjamin pemberian visa.
  6. Pemegang biasiswa perlu mengekalkan prestasi yang memuaskan dan mempunyai rekod yang baik seperti yang ditetapkan oleh program universiti induk dan ijazah mereka, atau biasiswa itu akan ditarik balik.
  7. Biasiswa ini hanya terdapat di universiti Malaysia dan penyelidikan Malaysia mesti dijalankan di Malaysia.
  8. Pemegang biasiswa tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa pekerjaan yang dibayar sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kecuali dengan kelulusan bertulis daripada universiti.

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dibuat ONLINE melalui Kementerian portal Pengajian Tinggi.

LANGKAH 1

  • DAFTAR Nombor Pasport atau Nombor Pengenalan Negara, kata laluan dan alamat e-mel.
  • LOGIN borang permohonan dalam talian dan isi semua bahagian sepenuhnya.
  • Sila pastikan semua maklumat adalah betul sebelum anda mencetak permohonan itu dan log keluar.

LANGKAH 2

  • Sila lampirkan borang permohonan yang dicetak bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut:
  1.  Gambar berukuran pasport terbaru.
  2.  Laporan Perubatan.
  3. Suatu salinan pasport semasa menunjukkan bukti kewarganegaraan.
  4. Suatu salinan transkrip akademik, testimoni dan / atau rujukan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kajian yang berkaitan, kokurikulum, pencapaian.
  5. Satu kajian yang jelas dan tepat atau pelan penyelidikan
  6. Suatu salinan sijil penguasaan Bahasa Inggeris (Ujian Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing / TOEFL atau Perkhidmatan Ujian Antarabangsa Bahasa Inggeris / IELTS)
  7. Kurikulum Vitae.
  8. Surat kemasukan dari Universiti Malaysia.
  9. Dua surat sokongan daripada dua (2) orang-orang yang boleh bertindak sebagai rujukan untuk menyokong permohonan anda.
  10. Borang Sokongan.
  • Anda dikehendaki melengkapkan dua Surat Sokongan daripada dua orang rujukan, Borang Sokongan dan Laporan Perubatan. Sila bawa borang permohonan ONLINE bercetak dan dokumen yang diperlukan kepada Kementerian Luar Negeri atau agensi yang bertanggungjawab untuk biasiswa MIS di negara anda untuk mendapatkan pengesahan.

LANGKAH 3

  • Semak semua dokumen yang dinyatakan di atas dalam format PDF dan LOGIN untuk Permohonan MIS Online.
  • Anda dikehendaki untuk melampirkan dokumen-dokumen dan klik butang SUBMIT untuk mengemukakan permohonan. Anda akan melihat mesej pemberitahuan apabila proses itu dilakukan. Semua permohonan adalah dalam talian sepenuhnya. Tiada salinan kertas diperlukan. Bawa cetakan salinan borang permohonan dan sijil asal semasa sesi temuduga.

PERTANYAAN LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami: –

SCHOLARSHIP DIVISION
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
LEVEL 2, NO 2, TOWER 2
JALAN P5/6, PRECINT 5
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE
62200 PUTRAJAYA

 

Kredit kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
http://www.mohe.gov.my/pelajar/penajaan/131-antarabangsa/145-mis

6 things to do before applying education scholarship

1. Do your research

To apply for that scholarship you desperately want, start your research early. The more time you can put into your scholarship search, the more options you will have. You will require time to research scholarships, request information and application forms, and consummate your application by the designated closing date.

2. Check if you are eligible

Typically, each scholarship has its own eligibility rules, which could be predicated on academic discipline, academic year, or a variety of other things depending on the particular scholarship at hand. Be sure to read these rules conscientiously before you apply so that you don’t waste your time consummating an application you don’t authentically qualify for and perhaps consider other scholarship.

3. Be organized

It pays to be organized when it comes to working on your scholarship application. To commence with, keep all of your scholarship material in a separate folder. That way you will always know where it is, and make sure you have the most up-to-date information in there.

Ascertain you have all of the information that the cull panel has requested of you in your application. An application with missing items does not make the best first impression, concretely if these are items they have categorically requested.

5. Think about presentation

A scholarship application is very similar to a job interview. You want to give a good impression and spelling mistakes or unreadable writing do not look good. If you’re fill in a form in a particular way, do so. And before you send it, ask a family member or friend to proof-read it for you. They may find a mistake that you just didn’t pick up.

6. Keep track of deadlines

Give yourself an extra few days away when applying for a scholarship. If you create a clear overview of the deadlines, you will feel much surer that you are doing the right thing at the right time since it will be much easier to make sure none of your commitments gets neglected. Remember, late applications won’t be considered.

5 important factors to win a scholarship interview

1. Preparation
If you want to prosper, you are required to devote enough time to the preparation. When you come into an interview, by right you should have already done your research on the organisation you’re applying for. (Their missions, their values, what they do and their clients). Take time to practice answering some of the typical questions you may be asked during your interview and bring extra copies of your resume as well. You should also be prepared to speak about yourself, and why you need this scholarship to pursue your education dreams.

2. Time
Being late to the interview only shows a lack of respect for the interviewer, and an apathy in the scholarship being offered. Before you attend your scholarship interview, be sure you integrate the scholarship provider’s address to your GPS or look up the directions online. This will give you an estimate of how long it will take to arrive at your destination. Give yourself extra time to deal with unexpected situations, such as traffic or parking issues, to ensure you do not arrive late. Be at the place fifteen minutes earlier will show that you are looking forward to the interview and most probably you will win them easily.

3. Dress
First impressions are important. Men should consider slacks and a dress shirt, or even a suit and tie, and should be well groomed and professional looking. Female students may want to opt for a dress or business style suit when attending their interviews. Hair should be orderly and out of your face, and don’t forget to wear shoes that are in good condition. The consequential thing here is to appear professional, able and earnest. Don’t forget to bring along some mints, too. Nothing kills an interview more expeditious than bad breath.

4. Attitude
It’s paramount to listen during your interview and not anticipate questions, as this could lead to some unpropitious results. Once a question has been asked, respond in a clear and concise manner. Stay on topic and do not ramble. Be sure to make eye contact and speak clearly! Above all else, answer all questions honestly. Interviewers can tell when you are embellishing or making up answers to impress them. The best strategy is to remain calm. Take a deep breath and smile (this gets oxygen to your brain so you can think clearly and relinquish endorphins to relax you). Verbalize your thought process out loud and justify your answer.

5. Self-esteem
Walk into your meeting with confidence, smile, and be yourself. You’ve worked hard to get here, so relish the moment. Always conduct yourself as though you are the best candidate and deserving of the scholarship. It’s normal to be nervous during the interviews, especially since there’s a lot is at stake. But whatever transpires, do not afraid. Most of all, remember that your interviewer is human too. He fully understands the stress and solicitousness that you’re going through, and will always endeavor to put you at ease. So do your best to be yourself, and win that interview!

college-scholarships