Capture

Keputusan PT3 telah diumumkan baru-baru ini, pelajar juga perlu tahu halatuju terbaik selepas PT3 yang telah dilalui. Setiap orang sebenarnya mempunyai rezeki tersendiri, rezeki yang hadir sudah tentu berkait rapat dengan usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Masa depan yang lebih baik jika mendapat keputusan PT3 yang cemerlang dan tidak semestinya akan terus gagal bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang.

Keputusan PT3 sebenarnya adalah penentu aliran yang akan dipilih nanti. Semakin tinggi keputusan maka semakin banyak aliran yang boleh dipilih mengikut minat anda sendiri. Oleh demikian, jangan terlalu bersedih sekiranya keputusan PT3 tidak memberangsangkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih aliran yang sebaiknya berdasarkan minat dan kemampuan anda.

Aliran Selepas PT3

Sebenarnya ada banyak juga aliran selepas PT3 ini, Setiap aliran yang bakal anda ambil akan memperlengkapkan syarat permohonan ke universiti kelak. Pemilihan aliran yang betul akan memberikan haluan yang betul di universiti menuju pekerjaan yang ada idamkan kelak. Aliran yang popular kebiasannya dipilih ialah :

  • Aliran Sains Tulin
  • Aliran Sains
  • Aliran Perdagangan
  • Aliran Kemanusiaan
  • Aliran Sastera
  • Aliran Sains Sukan
  • Aliran Seni
  • Aliran Kemahiran

Halatuju Selepas PT3

Merujuk kepada infografik di atas sekiranya lepasan PT3 ingin meneruskan pelajaran terdapat dua laluan iaitu terus ke Tingkatan 4 & 5 sama ada di sekolah harian mahupun Sekolah Berasrama Penuh atau memilih untuk memasuki Kolej Vokasional.

Jika anda memilih laluan pertama iaitu melalui sekolah biasa, anda akan melalui Tingkatan 4 dan 5 seterusnya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, anda boleh memilih untuk meneruskan pelajaran sama ada di peringkat diploma dahulu dan seterusnya ke peringkat ijazah. Jika anda memilih untuk tidak meneruskan pelajaran di peringkat diploma anda boleh memilih pelajaran di peringkat Pra-U iaitu STPM atau Matrikulasi tetapi semua itu bergantung kepada keputusan SPM dan tawaran dari KPM dan UPU.

Selain itu, jika anda memilih untuk ke Kolej Vokasional yang menawarkan pelbagai kursus vokasional selama dua tahun dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Vokasional selama dua tahun lagi. Setelah itu anda akan didedahkan pada On Job training selama tiga bulan. Anda tidak perlu risau, lulusan Kolej Vokasional juga berpeluang menyambung pelajaran ke Universiti tempatan mahupun swasta tetapi dengan syarat anda sudah mempunyai pengalaman bekerja di bidang yang anda pelajari dan mendapat kelulusan dari MQA iaitu sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning)

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara umumnya, penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Aliran proses pensijilan APEL

1. Pemohon buat permohonan dengan menghantar borang permohonan lengkap kepada MQA (2 set) melalui kurier atau serahan tangan à

2. Pemohon buat bayaran fi kepada MQA dan terima nombor rujukan pendaftaran (kecuali Master,perlu tunggu email dari MQA)

3. Pemohon dinilai melalui

(i) Penghantaran Portfolio

(ii) Ujian Aptitude

4. Keputusan penilaian sama ada Berjaya / Tidak
Jika tak berjaya jangan susah hati, anda masih boleh buat rayuan kepada pihak MQA dan ulang ujian ni. Bagi yang lulus penilaian anda akan dapat sijil APEL (MQA) yang menyatakan anda layak sambung belajar ke IPT. Sijil ni lah yang anda kena guna untuk masuk Universiti.
Untuk maklumat lanjut tentang APEL boleh di rujuk di laman web Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) di laman web MQA http://www.mqa.gov.my/APEL/